Kemudian dia membawa aku ke ruang besar Bait Suci. Diukurnya tiang-tiang temboknya, enam hasta tebalnya, baik di sayap kiri mahupun di sayap kanan. Lebar pintu masuk ialah sepuluh hasta. Dinding di sisi kanan dan sisi kiri pintu itu berukuran lima hasta. Diukurnya pula ruang besar bait itu, empat puluh hasta panjangnya dan dua puluh hasta lebarnya.
Yehezkiel 41:1-2
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ruang besar Bait Suci" TUHAN meneruskan penglihatan kepada nabi Yehezkiel kali ini ke dalam Bait Suci satu ruang besar diberikan ukuran pintu, lebar tembok / dinding, ketinggian tembok dan ukuran tiang tembok dan luas ruang besar itu diberikan oleh TUHAN, mungkin ruang ini hanya untuk lelaki penganut agama Yahudi berkumpul untuk berdoa kepada TUHAN. Tuhan Yesus dikatakan berkunjung ke Bait Suci dan mengajar di halaman iaitu di serambi Salomo (Yoh 10:23) yang berbumbung terletak sebelah Timur Bait Suci. Mari kita belajar ada ruang besar Bait Suci untuk beribadah iaitu hidup kita sebahagian besar untuk beribadah kepada TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 4.6.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment