Tetapi apabila rakyat negeri datang menghadap hadirat TUHAN pada hari-hari perayaan, maka sesiapa yang masuk melalui pintu gerbang utara untuk beribadat harus keluar melalui pintu gerbang selatan, dan sesiapa yang masuk melalui pintu gerbang selatan harus keluar melalui pintu gerbang utara. Dia tidak boleh kembali melalui pintu gerbang tempat dia masuk, melainkan harus keluar berlalu pintu di seberangnya.
Yehezkiel 46:9
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pintu gerbang utara dan selatan" Bait Suci dalam penglihatan nabi Yehezkiel mempunyai beberapa pintu gerbang antaranya pintu gerbang utara dan selatan, pada hari perayaan rakyat yang datang beribadah yang masuk melalui pintu gerbang utara keluar pada pintu gerbang selatan dan begitu juga sebaliknya. Tidak dinyatakan sebab, tetapi kita boleh andaikan TUHAN mahu pergerakan keluar masuk rakyat lancar, ada ketertiban dalam Bait Suci. Tuhan Yesus juga tahu ketertiban di dalam Bait Suci, Dia mengajar di halaman tempat berkumpul semua lapisan masyarat, malahan Dia melarang orang berjual beli di halaman Bait Suci sebab menganggu rakyat yang berdoa di sana.
Mari kita belajar tertib keluar dan masuk pintu gerbang utara dan selatan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 9.6.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment