Akibatnya, para penyelia lain itu serta para wakil raja berusaha mencari alasan untuk menjatuhkan Daniel dalam hal pemerintahan. Akan tetapi, mereka tidak dapat sesuatu alasan atau kesalahan sedemikian lantaran kesetiaan Daniel, bahkan tidak didapati sesuatu kesilapan atau kesalahan padanya. Lantas lelaki-lelaki ini memutuskan, “Kita tidak akan menemui apa-apa alasan untuk menjatuhkan Daniel ini, kecuali dalam hal hukum Allahnya.” Daniel 6:4-5 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Alasan untuk menjatuhkan Daniel" Kisah Daniel di bawah pemerintahan raja Darius dia dilantik salah seorang daripada tiga penyelia para wakil raja yang memerintah di seluruh kerajaan, didapati lebih cemerlang berbanding dua penyelia itu (ay. 2-3), akibatnya kedua orang itu berusaha menjatuhkan Daniel. Mereka berjaya sehingga Daniel dihumban ke dalam gua singa tetapi Daniel tidak dimakan oleh singa (ay. 22), raja sebaliknya menghumban pula kedua penyelia itu berserta ahli keluarga ke dalam gua singa, mereka semua mati dimakan singa (ay. 24). Begitulah TUHAN melepaskan Daniel dari orang yang cuba menjatuhkannya. Tuhan Yesus bersama kita untuk menolong kita melepaskan diri daripada orang yang mencari alasan menjatuhkan kita. Mari kita belajar supaya tidak mencari alasan menjatuhkan Daniel sebab ada singa menanti di gua singa. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 17.6.2024.

Comments

Popular Posts