Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka, kerana Aku telah menyuruh mereka pergi ke tempat pembuangan di antara bangsa-bangsa dan telah mengumpulkan mereka kembali di tanah mereka. Aku tidak akan meninggalkan mereka lagi di sana. Aku tidak akan menyembunyikan hadirat-Ku lagi daripada mereka kerana Aku telah mencurahkan Roh-Ku ke atas keturunan kaum Israel, demikianlah firman Tuhan ALLAH.
Yehezkiel 39:28-29
Kopivosihan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mencurahkan Roh" TUHAN berjanji akan mengumpulkan bangsa Israel dari pembuangan pulang ke tanah mereka, bukan itu saja tetapi TUHAN mencurahkan Roh-Nya kepada mereka, bukanlah sebab mereka tetapi Roh itulah yang membuat mereka taat kepada TUHAN. Tuhan Yesus memberikan kita Roh Kudus supaya kita boleh mentaati kehendak TUHAN. Mari kita belajar TUHAN sudah mencurahkan Roh-Nya kepada kita lembutkan hati supaya taat kepada-Nya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment