Sebutlah saudara-saudara lelakimu, ‘Ami,’ dan saudara-saudara perempuanmu, ‘Ruhama.’
“Merayulah, merayulah supaya ibumu berubah,
kerana dia bukan isteri-Ku
dan Aku bukan suaminya.
Biarlah dia menjauhkan pelacurannya daripada mukanya
dan zinanya dari antara buah dadanya, ”
Hosea 2:1-2
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Aku bukan suaminya" TUHAN melalui nabi Hosea menyampaikan perkataan-Nya bahawa umat Israel ibarat isteri yang menjadi pelacur dan anak-anaknya bukan dari TUHAN, ibarat TUHAN bukan suaminya. Perzinaan atau pelacuran bukan saja berlaku dalam bentuk fizikal tetapi dalam kerohanian, isteri atau suami yang berubah iman samalah sebagai pelacur atau berzina.
Tuhan Yesus selalu memberi kita peluang untuk bertaubat dari pelacuran dan perzinaan.
Mari kita berlajar meninggalkan penyembahan kepada tuhan lain sebelum TUHAN mengatakan "Aku bukan suaminya".
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
25.6.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment