Kemudian Daniel berkata kepada penjaga yang telah ditugaskan oleh ketua pegawai istana untuk mengawasi Daniel, Hananya, Misael, dan Azarya, “Ujilah hamba-hambamu ini selama sepuluh hari. Berilah kami makan sayur dan minum air sahaja.
Setelah sepuluh hari berlalu, tampaklah betapa perawakan mereka lebih baik dan tubuh mereka lebih gemuk daripada semua orang muda yang makan santapan diraja. ”
Daniel 1:11-12, 15
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Makan sayur dan minum air sahaja" Kitab Daniel dimulakan dengan kisah penaklukan raja Nebukadnezar terhadap Yerusalem pada tahun ketiga pemerintahan raja Yoyakim (ay. 1) Daniel hidup sezaman dengan nabi Yehezkiel (Yeh 1:2). Dikatakan dalam teks Daniel dan tiga orang kawannya menolak untuk memakan santapan di raja tetapi hanya mahu memakan sayur dan air sahaja, selepas sepuluh hari percubaan didapati perawakan mereka lebih baik berbanding mereka yang memakan santapan di raja. Tuhan Yesus kita boleh andaikan tidak selalu makan daging atau minum anggur sebab lahir dalam keluarga cukup-cukup makan sahaja, mungkin pada hari perayaan Dia makan daging dan anggur, seperti bangsa kita dahulu. Secara perubuatan makan sayur dan air sahaja banyak manfaat kesihatan, seperti boleh menurunkan gula, kolestrol, tekan darah dan sebagainya.
Mari kita belajar selalu makan sayur dan air sahaja demi kesihatan dan salah satu bentuk puasa mendekat kepada TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 12.6.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment