Pada masa akhir, raja negeri selatan akan menyerangnya. Raja negeri utara itu menyerang dia seperti badai dengan segala rata, pasukan berkuda, dan kumpulan kapal yang banyak. Dia akan memasuki negeri-negeri, melanda, dan menerobosnya. Dia pun akan memasuki Tanah Yang Mulia. Banyak negeri akan diruntuhkannya, tetapi yang berikut ini akan terselamat daripada tangannya: Edom, Moab, dan wilayah terpenting daripada bani Amon. Daniel 11:40-41 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "raja negeri selatan" Pada tahun pertama pemerintahan raja Darius orang Media, Daniel diberitahu (tidak diceritakan cara dia diberi tahu) tentang dua raja iaitu raja utara dan selatan yang tidak henti-henti berperang antara mereka mungkin kisah dua panglima kerajaan Yunani yang kuat berbanding dua lagi yang lemah, ini berlaku selepas kematian Alexander agung. Dikatakan keturunan Esau dan Lot terselamat daripada serangan raja negeri selatan itu (ay. 41) mungkin TUHAN masih ingat kepada Esau dan Lot. Esau kembar Yakub dan Lot anak buah Abraham. Tuhan Yesus sudah tentu mengingat gereja-gereja seluruh dunia dan melepaskan daripada serang Iblis ibarat kerajaan negeri selatan. Mari kita belajar serang raja negeri selatan sentiasa berlaku tetapi TUHAN harapan kita mengalahkan serang itu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 22.6.2024.

Comments

Popular Posts