Hosea 8:5-6 (AVB) Patung anak lembumu telah dibuang, wahai Samaria. Murka-Ku menyala-nyala terhadap mereka itu. Sampai bilakah mereka tidak dapat disucikan?
Patung itu berasal dari Israel. Itu dibuat oleh tukang, bukan oleh Allah! Patung anak lembu Samaria itu akan menjadi sekadar kepingan serpihan.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Patung lembu" Bangsa Israel suku utara setia dengan patung lembu, tidak pasti dewa apa patung itu, TUHAN memberi amaran bahawa patung lembu akan menjadi sepihan bermaksud bangsa suku utara itu akan dihukum.
Tuhan Yesus mengajar menyembah TUHAN Abraham, Ishak dan Yakub (Mat 22:32), bukan tuhan kepada patung lembu atau tuhan lain.
Mari kita belajar supaya tidak menyembah patung lembu atau tuhan lain selain TUHAN Abraham, Ishak dan Yakub.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 1.7.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment