2 Tawarikh 9:7-8 (AVB) Berbahagialah anak buah tuan dan berbahagialah para pegawai tuan ini, yang sentiasa melayani tuan dan mendengar kebijaksanaan tuan. Segala puji bagi TUHAN, Allahmu, yang telah berkenan kepada tuan sehingga Dia mendudukkan tuan di takhta kerajaan yang ditetapkan-Nya sebagai raja mewakili TUHAN, Allahmu! Kerana Allahmu mengasihi Israel dan hendak meneguhkan mereka untuk selama-lamanya, maka Dia pun mengangkat tuan menjadi raja atas mereka, supaya tuan menegakkan keadilan dan perbenaran.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menegakkan keadilan dan kebenaran" Raja Salomo bukan saja bijak dan kaya tetapi dia juga menegakkan keadilan dan kebenaran kepada rakyat. Tuhan Yesus juga mengajar tentang keadilan kepada rakyat (Matius 12:18). Mari kita bertekad seperti raja Salomon menegakkan keadilan dan kebenaran kepada semu orang. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 22.2.2023.

Comments

Popular Posts