2 Tawarikh 10:7-8 (AVB) Jawab mereka kepadanya, “Jika tuanku mahu berbuat baik kepada rakyat ini, menyenangkan mereka, dan menjawab mereka dengan kata-kata yang baik, maka mereka akan menjadi hamba tuanku sepanjang waktu.” Akan tetapi, dia mengabaikan nasihat yang diberikan kepadanya oleh para tua-tua itu, lalu berunding dengan pemuda-pemuda yang membesar bersama-samanya dan yang melayani dia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Nasihat para tua-tua" Raja Rehabeam mempercayai nasihat orang muda dan tidak kepada nasihat para tua-tua supaya meringankan beban rakyat, menyebabkan sepuluh suku memberontak, tinggal lagi satu suku dalam kerajaannya. Tuhan Yesus mengajar dengan kasih bukan kekerasan, sebab itu ramai yang tertarik kepada-Nya. Mari kita bertekad supaya tidak seperti raja Rehabeam yang tidak mendengar nasihat para tua-tua. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 23.2 2023.

Comments

Popular Posts