2 Tawarikh 4:1-2 (AVB) Salomo membuat sebuah mazbah daripada gangsa berukuran sepanjang dua puluh hasta, selebar dua puluh hasta dan setinggi sepuluh hasta. Selanjutnya dibuatnya kolam logam tuangan bulat berkeliling berukuran sepuluh hasta dari tepi ke tepi, setinggi lima hasta, dan dapat dililit oleh tali pengukur sepanjang tiga puluh hasta. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mazbah gergasi" Raja Salomo membina mazbah yang cukup besar, tiga puluh kaki panjang dan tiga puluh kami lebar dengan ketinggian lima belas kaki, diperbuat daripada gangsa. Mazbah yang cukup besar untuk meletakkan korban persembahan dan cukup tinggi mengarah ke langit untuk menghidupkan suasana penyembahan kepada TUHAN. Mungkin itulah tujuan pembinaan mazbah di Rumah TUHAN itu. Pada zaman Tuhan Yesus, para murid terpesona dengan keindahan Rumah TUHAN di Yerusalem yang masih dalam pengubahsuaian ketika mereka berada di sana (Matius 24:1), mungkin banyak binaan yang luar biasa besarnya. Mari kita bertekad membina mazbah gergasi iaitu jiwa kita yang besar untuk menyembah TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 17.2.2023.

Comments

Popular Posts