1 Tawarikh 27:1 (AVB) Inilah daftar orang Israel, iaitu para ketua kaum keluarga, para pemimpin pasukan seribu dan pasukan seratus, serta para pegawai yang berkhidmat kepada raja dalam segala sesuatu perihal rombongan yang bertugas atau bebas tugas bulan demi bulan sepanjang tahun. Setiap rombongan terdiri daripada 24,000 orang.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Rombongan bertugas" Rakyat diberi peluang untuk bertugas untuk raja, selama sebulan. Mereka diketuai oleh seorang ketua, jumlah satu rombongan bertugas dua puluh empat ribu orang, berumur dua puluh tahun keatas. Tuhan Yesus mempunyai rombongan yang mungkin dalam lima puluh orang selain daripada dua belas murid. Mari kita berubah supaya menjadi salah satu dalam rombongan bertugas di gereja. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 11.2.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment