2 Tawarikh 7:4-5, 7 (AVB) Kemudian raja dan seluruh bangsa mempersembahkan korban sembelihan di hadapan TUHAN.
Raja Salomo mempersembahkan 22,000 ekor lembu serta 120,000 ekor domba sebagai korban sembelihan. Demikianlah raja dan seluruh umat merasmikan Rumah Allah.
Selanjutnya Salomo menyucikan bahagian tengah pelataran yang terletak di depan Bait TUHAN. Di situlah dia mempersembahkan korban bakaran dan lemak korban kedamaian, kerana mazbah daripada gangsa yang dibuat oleh Salomo tidak dapat memuat kesemua korban bakaran, persembahan bahan makanan, serta lemak korban itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Merasmi Bait TUHAN" Raja Salomo telah menyelesaikan pembina Rumah TUHAN, kemudian dia merasmikan Bait TUHAN selama dua minggu. Korban persembahan yang begitu banyak sambil diiringi muzik oleh kaum Lewi. Tiba-tiba api turun melahap korban persembahan di atas mazbah. Tuhan Yesus memberi kita peluang untuk merasmikan pembinaan bangunan gereja, semeriah yang kita mahu. Mari kita bertekad supaya seperti raja Salomon merasmi Bait TUHAN dengan meriah sekali. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.2.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment