2 Tawarikh 15:3-5 (AVB) Lama sekali orang Israel hidup tanpa Allah yang benar, tanpa ajaran para imam, dan tanpa hukum Taurat. Namun demikian, dalam kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah Israel. Mereka mencari hadirat-Nya dan Dia berkenan ditemukan mereka. Pada masa itu, orang tidak aman keluar masuk kerana kekacauan besar melanda semua penduduk di setiap negeri. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tanpa TUHAN yang benar" Terlalu lama rakyat hidup tanpa TUHAN yang benar dan ajaran para imam, akibatnya rakyat hidup tidak tenteram ada kekacauan di sana sini. Tuhan Yesus memecah kebuntuhan rakyat yang terus ditekan oleh golongan agamawan dan bangsawan pada zaman itu. Mari kita bertekad supaya tidak hidup tanpa TUHAN yang benar dengan mencari TUHAN dan ajaran yang benar. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.2.2023.

Comments

Popular Posts