1 Tawarikh 21:1-3 (AVB) Iblis bangkit melawan orang Israel dan menghasut Daud untuk mengadakan bancian jumlah orang Israel.
Lalu Daud berkata kepada Yoab dan kepada para panglima pasukan, “Pergilah, hitunglah orang Israel dari Bersyeba sampai Dan, lalu bawalah hasilnya kepadaku supaya aku tahu akan jumlah mereka.”
Kata Yoab, “Semoga TUHAN menambah umat-Nya seratus kali lipat ganda daripada yang ada sekarang. Ya Tuanku Raja, bukankah mereka semua hamba tuanku? Mengapakah tuanku menghendaki hal ini? Mengapakah orang Israel harus menanggung kesalahan kerana hal itu?”
Kopivosihan dan selamat beribadah, Salam takziah kepada keluarga Pdt Robert Daang yang telah kembali kepangkuan Bapa di surga awal pagi tadi. Hari ini saya berkongsi tentang "Banci kebencian TUHAN" Raja Daud membanci rakyat mungkin bertujuan meninjau kekuatan perang supaya boleh bermega diri. TUHAN membenci banci itu dan menimpakan wabak di seluruh tempat. Tuhan Yesus mengajar kita supaya tidak bermega diri, sebab semuanya boleh diambil begitu saja oleh TUHAN (Lukas 12:13-21). Mari kita berubah supaya tidak seperti raja Daud melakukan banci kebencian TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 5.2.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment