2 Tawarikh 5:1-2 (AVB) Maka selesailah segala pekerjaan yang dilaksanakan Salomo untuk Rumah TUHAN. Salomo membawa masuk barang persembahan suci Daud, ayahnya, iaitu perak, emas, dan segala alat kelengkapan itu, lalu menaruhnya di dalam perbendaharaan Rumah Allah. Lalu Salomo mengumpulkan tua-tua Israel dan semua ketua suku, pemimpin kaum keluarga bani Israel untuk menghadapnya di Yerusalem supaya mereka mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari Kota Daud, iaitu Sion. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Selesai pembinaan Rumah TUHAN" Akhirnya selesai pembinaan Rumah TUHAN, raja Salomo mengumpulkan para tua-tua, pemimpin suku dan ketua keluarga ke Yerusalem untuk menyaksikan perarakan masuk tabut perjanjian ke tempat maha suci dalam Rumah TUHAN. Tuhan Yesus memberi kita gereja untuk diselesaikan pembinaan. Mari kita seperti raja Salomon bertekad menyelesaikan pembina Rumah TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 18.2.2023.

Comments

Popular Posts