2 Tawarikh 2:3, 11-12 (AVB) Lalu Salomo mengutus orang kepada Hiram, raja Tirus, dengan pesan, “Lakukanlah terhadap aku hal yang sama seperti yang tuan lakukan terhadap Daud, ayahku, ketika tuan mengirimkan kepadanya kayu araz untuk membangunkan istana tempat tinggalnya. Jawab Hiram, raja Tirus, dalam surat balasan yang dikirimnya kepada Salomo, “Kerana TUHAN mengasihi umat-Nya, Dia telah mengangkat engkau menjadi raja atas mereka.” Kata Hiram lagi, “Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, yang menjadikan langit dan bumi! Dia telah mengurniakan kepada Raja Daud seorang anak yang bijak, penuh akal budi dan pengertian, yang akan membina bait bagi TUHAN serta istana diraja bagi dirinya sendiri. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Persahabatan dengan raja Tirus" Ketika raja Salomo menyediakan bahan binaan kayu dan batu untuk Bait TUHAN, dia mengirim warkah kepada raja Tirus untuk memohon pertolongan menyedia semua bahan yang diperlukan. Raja Tirus bersetuju, demi persahabatanya dengan raja Daud sebelum itu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya berdamai terlebih dahulu dengan saudara kita sebelum memberi persembahan (Matius 5:23-24) begitu pentingnya persahabatan. Mari kita berubah supaya seperti raja Salomo menjalin persahabatan dengan raja Tirus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.2.2023.

Comments

Popular Posts