2 Tawarikh 12:1-2 (AVB) Ketika kerajaan Rehabeam sudah kukuh dan kedudukannya sudah kuat, dia serta seluruh Israel meninggalkan hukum TUHAN. Oleh sebab mereka berbuat mungkar terhadap TUHAN, majulah Sisak, raja Mesir, menyerang Yerusalem, pada tahun kelima zaman pemerintahan Raja Rehabeam. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Meninggalkan hukum TUHAN" Raja Rehabeam mula meninggalkan hukum TUHAN selepas kerajaannya kukuh. TUHAN menghantar satu kuasa besar iaitu raja Mesir untuk mengajar dia bagaimana merendahkan diri di hadapan TUHAN. Tuhan Yesus ialah TUHAN kita, mengajar hukum kasih dalam kehidupan kita. Mari kita bertekad supaya tidak meninggalkan hukum TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 25.2.2023.

Comments

Popular Posts