1 Tawarikh 22:2-4 (AVB) Daud menyuruh agar pendatang yang ada di Tanah Israel dikumpulkan, lalu dia menugaskan para tukang untuk memahat batu-batu pahat bagi pembinaan Rumah Allah. Daud menyediakan sejumlah besar besi untuk (digunakan sebagai) paku bagi daun pintu gerbang dan untuk tupai-tupai, juga sejumlah besar gangsa sampai tidak tertimbang beratnya, serta kayu araz sampai tidak terhitung lagi, kerana orang Sidon dan orang Tirus membawa banyak kayu araz untuk Daud. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Persediaan membina Rumah TUHAN" Raja Daud bertekad mahu membina Rumah TUHAN, dia menyediakan sebanyak yang boleh bahan binaan. Walaupun begitu Salomo anaknya yang dipilih TUHAN menyelesaikan pembina rumah itu. Tuhan Yesus sudah memulakan pembinaan Rumah TUHAN iaitu gereja. Mari kita berubah supaya seperti raja Daud ada persediaan membina Rumah TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 6.2.2023.

Comments

Popular Posts