2 Tawarikh 1:2-3, 5 (AVB) Salomo berbicara kepada seluruh Israel – kepada para pemimpin pasukan seribu dan pasukan seratus, kepada para hakim, serta kepada semua pemimpin di seluruh Israel, iaitu para ketua kaum keluarga –
lalu bersama seluruh jemaah itu Salomo berangkat ke bukit pemujaan di Gibeon, kerana di sana ada Khemah Pertemuan yang dibuat Musa, hamba TUHAN itu, di gurun.
Namun demikian, mazbah daripada gangsa yang dibuat oleh Bezaleel anak Uri anak Hur masih ada di sana, di depan Khemah Suci TUHAN. Maka ke sanalah Salomo dan jemaah itu pergi mencari petunjuk TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mencari petunjuk TUHAN" Raja Salomo menaiki takhta menggantikan raja Daud, tidak lama selepas itu raja Daud pun mangkat. Raja Salomo berangkat ke bukit pemujaan di Gibeon untuk mencari petunjuk TUHAN. Raja memohon kebijaksanaan untuk memerintah rakyat. TUHAN berkenan permintaan itu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya meminta dari-Nya supaya diberikan (Matius 7:7-8). Mari kita berubah supaya seperti raja Salomon mencari petunjuk TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 14.2.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment