2 Tawarikh 13:18-19 (AVB) Demikianlah orang Israel ditaklukkan pada waktu itu, sedangkan bani Yehuda semakin kuat kerana mereka bersandar kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Abia mengejar Yerobeam dan merebut beberapa kota daripadanya, iaitu Betel, Yesana, dan Efron, semuanya dengan kampung-kampungnya. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Bersandar kepada TUHAN" Raja Yehuda dan raja Israel berperang, dari segi kekuatan tentera berpihak kepada Yerobeam raja Israel. Tetapi mereka kalah oleh Abia raja Yehuda sebab mereka bersandar kepada TUHAN. Tuhan Yesus tempat kita bersandar sudah tentu kita diberi kekuatan dan kemenangan menghadapi masalah hidup. Mari kita bertekad supaya seperti raja Abia bersandar kepada TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 26.2.2023.

Comments

Popular Posts