2 Tawarikh 3:1-2 (AVB) Kemudian Salomo memulakanlah pembinaan Bait TUHAN di tempat yang telah disediakan Daud, iaitu di tempat pembantingan Ornan orang Yebus di Yerusalem, Gunung Moria. Di situlah dahulu Allah menampakkan diri kepada Daud, ayahnya.
Pembinaan dimulai oleh Salomo pada hari kedua pada bulan kedua dalam tahun keempat pemerintahannya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Memulakan pembinaan Rumah TUHAN" Raja Salomo memulakan pembinaan Rumah TUHAN di bukit Moria tempat tapak mezbah yang didirikan oleh raja Daud ketika malaikat TUHAN menampakkan diri kepadanya (1 Tawarikh 21:18-28). Tapak Rumah TUHAN ini jugalah tapak Rumah TUHAN yang kedua, sehingga zaman Tuhan Yesus yang sedang dalam pengubah-suaian pada masa itu. Mari kita bertekad seperti raja Salomo memulakan pembinaan Rumah TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 16.2.2023
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment