1 Tawarikh 29:13-14 (AVB) Sekarang, kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah kami, dan kami memuji nama-Mu yang mulia itu.
Sebab siapakah aku dan siapakah bangsaku, sehingga kami dimampukan untuk memberikan persembahan sukarela seperti ini? Kerana segala sesuatu berasal daripada Engkau, dan daripada tangan-Mu sendirilah persembahan yang kami berikan kepada-Mu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Persembahan sukarela" Raja Daud dan seluruh rakyat memberi persembahan sukarela berupa emas, perak, gangsa, besi dan batu permata. Tuhan Yesus memberi kita gereja untuk diberi perhatian, adalah menjadi kegembiraan kalau diberi peluang membangun bersama dengan pemberian sukarela. Mari kita berubah supaya memberi persembahan sukarela untuk pembinaan gereja. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.2.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment