1 Tawarikh 19:3-4 (AVB) Akan tetapi, para pembesar bani Amon berkata kepada Hanun, “Apakah tuanku sangka Daud hendak memberikan penghormatan kepada ayah tuanku sehingga dia mengutus orang untuk menyampaikan takziah kepada tuanku? Bukankah Daud mengutus para pegawainya kepada tuanku untuk menyiasat negeri ini, untuk mengintip dan menggulingkannya?”
Oleh sebab itu Hanun menangkap para utusan Daud. Dia mencukur mereka dan memotong pakaian mereka di bahagian tengah sampai ke pangkal paha. Setelah itu, disuruhnya mereka pergi.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Salah sangka" Raja Daud mengutus utusan untuk menyampaikan salam takziah kepada kerajaan Amon atas kemangkatan raja mereka tetapi disalah sangka. Konon untuk mengintip negara mereka. Kemudian timbulah peperangan yang memihak kemenangan kepada raja Daud. Pelayanan Tuhan Yesus juga disalah sangka oleh pemimpin agama pada masa itu, konon Tuhan Yesus mahu merebut kedudukan dan memusnahkan bangsa mereka (Yohanes 11:47-48). Mari kita berubah supaya tidak seperti kerajaan Amon salah sangka terhadap raja Daud. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 3.2.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment