1 Tawarikh 28:19-20 (AVB) Kata Daud, “Semua itu terdapat dalam tulisan yang diilhamkan TUHAN kepadaku, iaitu semua pekerjaan yang harus dilakukan menurut rajah itu.” Daud berkata pula kepada Salomo, anaknya, “Kuatkan serta mantapkanlah hatimu, dan bekerjalah! Jangan takut dan jangan kecut hati, kerana TUHAN Allah, iaitu Allahku, menyertai engkau. Dia tidak akan menterlantarkan atau meninggalkan engkau hingga seluruh pekerjaan untuk ibadat di Bait TUHAN itu selesai. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Kuatkan dan mantapkanlah hatimu" Raja Daud berpesan kepada Salomo anaknya, supaya kuatkan dan mantapkanlah hati untuk membina Bait TUHAN. Boleh dikatakan bangunan yang akan dibina paling cantik dan paling besar pada zaman itu. Tuhan Yesus memanggil kita untuk membina gereja iaitu bangunan dan jemaatnya, satu pekerjaan yang bukan mudah. Mari kita berubah supaya kuatkan dan mantapkanlah hatimu membina bangunan gereja dan jemaat di tempat kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 12.2.2023.

Comments

Popular Posts