2 Tawarikh 11:3-4 (AVB) “Katakanlah kepada Rehabeam anak Salomo, raja Yehuda, dan kepada semua orang Israel di Yehuda dan Benyamin, ‘Beginilah firman TUHAN, “Jangan maju dan jangan berperang melawan para saudaramu. Pulanglah ke rumah masing-masing, kerana hal ini berasal daripada Aku.”’ Mereka mendengar firman TUHAN lalu pulang tanpa maju menyerang Yerobeam. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mendengar firman TUHAN" Apabila sepuluh suku memberontak dari raja Rehabeam, raja mahu keluar untuk berperang dengan mereka, tetapi datang firman TUHAN tidak izinkan peperangan berlaku. Raja Rehabeam dan para pemimpin mendengar firman TUHAN itu. Tuhan Yesus mengajar banyak perkara untuk kita dengar dan lakukan. Mari kita bertekad seperti raja Rehabeam mendengar firman TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.2.2023.

Comments

Popular Posts