2 Tawarikh 14:4-6 (AVB) Diperintahkannya orang Yehuda untuk mencari hadirat TUHAN, Allah nenek moyang mereka, dan untuk melaksanakan hukum serta perintah-Nya. Kemudian dia menyingkirkan bukit pemujaan dan mazbah pembakaran dupa dari semua kota di Yehuda. Di bawah pemerintahannya kerajaan itu sentosa. Dia membina kota-kota berkubu di Yehuda kerana negeri itu sentosa. Tidak ada yang memeranginya pada tahun-tahun itu. TUHAN memang mengurniakan ketenteraman kepadanya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi. Tahniah kepada para pelayanan gereja di paroki Sikuati seramai sembilan belas orang telah ditahbis menjadi pelayan "Tumpuk Kopitabangan" Selamat melayani. Hari ini saya berkongsi tentang "Mengurniakan ketenteraman" Raja Asa raja Yehuda memerintah rakyat supaya mencari hadirat TUHAN, dia menyingkirkan bukit pemujaan dan mazbah pembakaran dupa seluruh kota di Yehuda. TUHAN pun mengurniakan ketenteraman kepada mereka. Tuhan Yesus TUHAN kita, tidak ada tuhan lain yang kita sembah. Mari kita bertekad supaya seperti raja Asa menyingkirkan penyembahan kepada tuhan lain semoga TUHAN mengurniakan ketenteraman kepada kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.2.2023.

Comments

Popular Posts