Tetapi ketika Sanbalat, orang Horon, juga Tobia, orang Amon, si pegawai itu, dan orang Arab itu iaitu Gesyem, mendengar hal itu, mereka mengolok-olokkan dan menghina kami. Kata mereka, “Apakah yang kamu lakukan itu? Adakah kamu mahu memberontak menentang raja?”
Aku menjawab mereka dengan berkata, “Allah semesta langit, Dialah yang akan membuat kami berhasil. Kami, para hamba-Nya, akan bangkit dan siap untuk membina semula. Tetapi kamu tidak mempunyai bahagian atau hak atau sesuatu pun yang akan membuat kamu diingat di Yerusalem.”
Nehemia 2:19-20
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kamu diingat di Yerusalem"
Bab 2 kitab Nehemia bersambung kisah Nehemia, kali ini raja Artahsasta telah mengizinkan dia pergi ke Yerusalem untuk membina semula tembok Yerusalem yang rosak kerana perang pada tahun 586 SM, sudah terbiar 141 tahun.
Lebih 4-5 generasi, bayangkan bukankah itu sudah cukup mustahil dibina semula kerana sudah dilupakan. Tetapi akhirnya seorang jururasa santapan raja Parsi yang bernama Nehemia TUHAN menaru di hatinya membina semula tembok itu (ay.11), kalau bukan TUHAN memang mustahil tembok itu dibina lagi.
Para pembenci pun mengolok-golok dan menghina iaitu Sanbalat, Tobia dan Gesyem (ay.19), tetapi Nehemia menjawab, "TUHAN akan menolong kami supaya berjaya membina semula tetapi kamu tidak ada bahagian atau hak atau sesuatu pun yang akan membuat kamu diingat di Yerusalem (ay.20).
Hari ini mungkin TUHAN sudah menaruh dalam hati anda untuk membina semula bangunan atau apa sahaja untuk gereja atau kampung, daerah malah negeri kita. Lakukan kerana TUHAN menyertai anda, mungkin itulah nanti menjadi kenangan abadi untuk anda.
Semoga kita seperti Nehemia membina semula tembok Yerusalem yang membuat kamu diingat di Yerusalem.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat membina apa yang sudah ditaruh dalam hati kami untuk dilaksanakan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 5.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment