Di sebelah mereka Melaca, orang Gibeon, dan Yadon, orang Meronot, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama orang Gibeon dan Mizpa yang berada di bawah bidang kuasa pembesar daerah seberang Sungai Efrat.
Nehemia 3:7
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang Gibeon"
Bab 3 kitab Nehemia kisah pembinaan semula tembok Yerusalem dilaksanakan, Nehemia membahagikan kumpulan demi kumpulan dan bahagian tembok yang mereka akan buat pembinaan semula tembok. Lebih kurang 42 kumpulan kerja mereka ini datang secara sukarela bukan dipaksa atau diupah.
Antara yang kumpulan yang disebut ialah orang Gibeon (ay.7), pada zaman Yosua mereka telah menipu demi kelangsung hidup agar kota dan penduduk mereka tidak dimusnahkan oleh Yosua (Yos.9).
Orang Gibeon memang setia bersama dengan orang Israel sebelum dan selepas pembuangan pun masih berkawan tidak pernah mahu melawan orang Israel, mungkin sebab perjanjian damai Yosua dengan mereka. Walaupun sudah berlaku lebih kurang 900 tahun yang lepas.
Adakah lagi yang ingat perjanjian selepas 900 tahun, biasa hanya beberapa tahun pun sudah dilupakan.
Semoga kita seperti orang Gibeon setia dengan perjanjian damai walaupun sudah 900 tahun berlalu.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami mengingat janji setia kami kepada-Mu sejak kami dibaptis.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 6.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment