Pada waktu perasmian dan pentahbisan tembok Yerusalem, bani Lewi dicari dari segala tempat tinggal mereka dan dibawa ke Yerusalem untuk mengadakan perasmian dan pentahbisan yang meriah dengan ucapan syukur dan dengan nyanyian diiringi ceracap, gambus, serta kecapi. Para penyanyi berkumpul dari lembah di sekitar Yerusalem, dari desa-desa orang Netofa,
Nehemia 12:27-28
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pentahbisan tembok Yerusalem"
Bab 12 kitab Nehemia catatan nama para imam dan bani Lewi yang pulang bersama Zerubabel dan Yesua dari pembuangan (ay.1-26).
Kemudian kisah perasmian dan pentahbisan tembok Yerusalem (ay.27-47).
Dikatakan bani Lewi dicari dari segala tempat tinggal mereka dan dibawa ke Yerusalem khas upacara itu (ay.27).
Nehemia tidak lupa peranan bani Lewi, seorang pemimpin yang baik dapat melibatkan sebanyak mungkin pelayan dalam satu acara besar seperti mana yang dilakukan oleh Nehemia, supaya rasa kebersamaan itu dapat dirasakan.
Besar kecil suatu projek pembangunan yang berjaya disiapkan perlu ditahbis untuk TUHAN dengan mengadakan kebaktian khas supaya nama TUHAN disebut dan dimuliakan. Seperti mana yang dilakukan oleh Nehemia selepas tembok Yerusalem siap (ay.27).
Semoga kita seperti Nehemia mengadakan kebaktian perasmian dan pentahbisan tembok Yerusalem dengan melibat semua bani Lewi, para imam, pemimpin dan rakyat.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mentahbis semua bangunan yang berjaya kami siapkan untuk diserahkan kepada-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 15.7.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment