Maka pada hari ketiga, Ester mengenakan pakaian diraja lalu berdiri di laman dalam istana raja, tepat di hadapan istana raja. Raja sedang bersemayam di atas takhta kerajaan, di dalam istana, berhadapan dengan pintu gerbang istana. Apabila raja terlihat bahawa Ratu Ester berdiri di laman dalam, baginda perkenankannya lalu menghulurkan cokmar emas di tangannya kepada Ester. Ester pun mendekati lalu menyentuh hujung cokmar itu.
Ester 5:1-2
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tema "Cokmar emas"
Bab 5 kitab Ester bersambung kisah Ester mempertaruhkan nyawanya untuk menghadap raja tanpa dipanggil, selepas berpuasa 3 hari 3 malam, dia memberanikan diri berapa di halaman istana raja, raja ternampak dan berkenan seraya menghulurkan cokmar emas di tangan ratu Ester (ay.1-2).
Sang ratu selamat dan mulalah dialog dengan raja.
Ester tidak terburu-buru mengatakan permintaannya, tetapi mengundang raja dan Haman si jahat itu ke pesta.
Menyampaikan permintaan kepada raja atau para pengawai kerajaan perlu cara yang bijak seperti dilakukan oleh ratu Ester, dia menggunakan doa dan puasa, kecantikannya dan jamuan. Hati siapa yang tidak gembira kalau ada ini semua.
Semoga kita seperti ratu Ester bijaksana dari diancam hukuman mati mendapat perkenan raja Ahasyweros dengan menghulurkan cokmar emas di tangannya.
Doa: Tuhan Yesus hulurkan cokmar emas-Mu kepada kami supaya kami tidak di hukum mati.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 21.7.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment