Setelah itu, Ayub membuka mulutnya dan mengutuk hari kelahirannya. “Biarlah binasa hari ketika aku dilahirkan dan malam ketika orang mengatakan, ‘Seorang anak sedang dikandungkan!’ Biarlah hari itu menjadi kegelapan. Semoga Allah jangan mengendahkannya dari atas, janganlah cahaya menyinarinya. ” Ayub 3:1, 3-4 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengutuk hari kelahirannya" Bab 3 kitab Ayub bersambung kisah Ayub, selepas tujuh hari tujuh malam tidak bersuara Ayub akhirnya berkata-kata kepada kawan-kawannya yang datang melawat (Ayu.2:11-13). Ayub mengutuk hari kelahirannya dan berharap lebih baik dia tidak dibentuk dalam rahim (ay.3-7). Wajarlah Ayub beremosi seperti itu dalam keadaan hilang segala-galanya dan kulit pula dipenuhi bisul, tinggal lagi isteri bersama tetapi mengutuk dia pula (Ayu.2:9). Ayub mengharapkan kematian, tiada lagi kekuatan untuk meneruskan hidup, mungkin inilah juga emosi seseorang yang membunuh diri apabila tidak ada lagi harapan. Satu-satunya harapan yang boleh kita sandarkan ketika semuanya hilang ialah berharap kepada belas kasihan TUHAN. Semoga kita tidak mengalami penderitaan sehingga seperti Ayub mengutuk hari kelahirannya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak hilang harapan jangan sampai mengutuk hari kelahiran atau membunuh diri. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 29.7.2026

Comments

Popular Posts