Firman TUHAN kepada Iblis, “Sudahkah kauperhatikan hamba-Ku Ayub? Sesungguhnya, tidak ada orang yang seperti dia di bumi. Dia tidak bercela, tulus, dan takut kepada Allah serta menjauhi kejahatan.”
Jawab Iblis kepada TUHAN, “Adakah Ayub takut kepada Allah dengan begitu sahaja? Bukankah Engkau menegakkan pagar di sekelilingnya dan seisi rumahnya serta segala hartanya? Engkau memberkati pekerjaan tangannya, dan ternakannya semakin bertambah di negeri itu.”
Ayub 1:8-10
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pagar di sekelilingnya"
Bab 1 kitab Ayub bermula kisah seorang kaya yang bernama Ayub, TUHAN sendiri memuji bahawa dia orang yang tidak bercela, tulus, menjauhi kejahatan dan takut kepada TUHAN tiada sepertinya di muka bumi (ay.8).
Tetapi dicabar oleh iblis dengan alasan disebabkan berkat yang diterima bukan benar-benar tulus kepada TUHAN (ay.9-11).
TUHAN pun mengizinkan harta yang Ayub miliki diambil daripadanya, hilang sekelip mata termasuk semua anak-anaknya (ay.13-19).
Tetapi Ayub tidak mengutuk TUHAN tidak seperti yang iblis katakan (ay.20-22).
Ayub sudah mengalahkan iblis tanpa dia sedar.
Hari ini pun masih berlaku seperti mana yang dialami oleh Ayub, iblis tidak duduk diam dia mencari cara mahu membuktikan kita tidak tulus kepada TUHAN, TUHAN pula menegakkan pagar di sekeliling kita supaya kita tidak diganggu oleh iblis.
Semoga kita seperti Ayub tulus kepada TUHAN walaupun pagar disekelilingnya dicerobohi oleh Iblis.
Doa: Tuhan Yesus kesihani kami biarlah Engkau tegakkan pagar disekeliling kami supaya iblis tidak dapat memusnahkan milik kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 27.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment