Sejumlah bani Lewi, iaitu Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya menolong umat untuk memahami hukum Taurat sementara umat berdiri di tempat masing-masing. Mereka membacakan kitab itu iaitu hukum Allah dengan jelas, sambil memberitahukan maknanya sehingga pembacaan itu difahami oleh para hadirin.
Nehemia 8:7-8
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Memberitahukan maknanya"
Bab 8 kitab Nehemia kisah Ezra membacakan kitab Taurat atas permintaan rakyat sendiri, mereka berkumpul serentak di depan Pintu Gerbang Air (ay.1).
Rakyat sangat terharu mendengar kitab Taurat dibacakan, mungkin mereka sedar akan dosa-dosa mereka (ay.9).
Kadang di gereja pun kita menitiskan air mata apabila sedar dosa atau kebaikan TUHAN walaupun kita berdosa tetapi masih memberi rahmat-Nya pada keluarga, pekerjaan, pelayanan, usaha kita dan sebagainya.
Pada zaman Nehemia rakyat tidak lagi memahami bahasa Kitab Taurat sebab mereka tidak menggunakan bahasa itu ketika di Babel, para Lewi perlu memberitahukan maknanya sehingga pembacan itu difahami oleh rakyat (ay.8).
Hari ini para hamba TUHAN yang memberitahukan maknanya kepada jemaah, walaupun mereka faham bahasa yang digunakan tetapi maknanya mereka tidak tahu.
Semoga kita seperti orang Lewi memberitahukan maknanya ayat Alkitab kepada jemaah.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat memberitahukan makna ayat Alkitab kepada jemaah.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 11.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment