Kami terus membina semula tembok sehingga seluruh tembok itu siap setakat separuh ketinggiannya, berkat usaha umat yang sememangnya bekerja dengan penuh tekad. Namun begitu, apabila Sanbalat, Tobia, orang Arab, bani Amon, dan orang Asdod mendengar perihal kemajuan pesat kerja-kerja pembaikan tembok Yerusalem dan betapa lubang-lubangnya mulai tertutup, maka sangat marahlah mereka. Mereka semua bermuafakat bersama untuk datang memerangi Yerusalem dan mengadakan huru-hara di sana. Nehemia 4:6-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengadakan huru-hara di sana" Bab 4 kitab Nehemia bersambung kisah baik pulih tembok Yerusalem, mereka telah berjaya membina semula tembok sehingga seluruh siap setakat separuh ketinggian (ay.6). Tidak pasti berapa tinggi menurut kajian para penggali lebih kurang 26 kaki, kalau separuh lebih kurang 13 kaki. Agak tinggi juga untuk panjang tembok lebih kurang 5 kilometer. Kejayaan membina separuh ketinggian tembok menyebabkan Sanbalat Tobia dan Gesyem sangat marah, mereka mahu menghuru-harakan Yerusalem (ay.8). Kalau sudah dengki memang begitulah sikap, tidak duduk senang kalau ada yang berjaya dilakukan oleh orang lain. Hari ini masih wujud sikap seperti Sanbalat, Tobia dan Gesyem tidak kira bangsa atau tempat. Semoga kita tidak separti Sanbalat, Tobia dan Gesyem bermuafakat untuk datang memerangi Yerusalem dan mengadakan huru-hara di sana. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menjadi jahat separti Sanbalat, Tobia dan Gesyem. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 7.7.2026.

Comments

Popular Posts