datanglah Hanani, salah seorang saudaraku, bersama-sama beberapa orang dari Yehuda. Aku bertanya kepada mereka tentang orang Yahudi yang berjaya bolos, yang terselamat setelah pembuangan mereka, dan tentang Yerusalem. Kata mereka kepadaku, “Saki-baki orang yang masih tinggal di wilayah sana, yang terselamat setelah pembuangan berada dalam kesusahan besar dan dalam keadaan tercela. Apatah lagi, tembok Yerusalem telah dirobohkan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dijilat api.” Nehemia 1:2-3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dalam keadaan tercela" Bab 1 kitab Nehemia kisah permulaan seorang lagi tokoh Alkitab yang bernama Nehemia, seorang juru rasa santapan raja Parsi (ay.11). Selepas menerima khabar daripada Hanani dan beberapa orang Yehuda dari Yerusalem tentang tembok Yerusalem yang masih tidak dibaiki, Nehemia sangat sedih dan berkabung beberapa hari (ay.4). Nehemia mungkin berfikir pembaikan tembok telah dibuat oleh para buangan selepas lebih kurang 93 tahun mereka berada di sana. Boleh dikatakan sudah dua generasi. Tetapi mereka tidak terfikir pun mahu memperbaiki. Hari ini mungkin ada yang sebenarnya kita perlu perbaiki pada struktur bangunan, pentadbiran, pengembalaan dan sebagainya dalam gereja kita. Ada yang kita warisi dari tahun 50an lagi hampir 80 tidak ada penambahan baikan seperti ketepatan masa ibadah, masih lagi bertanggung-tanggung. Bukankah itu masih dalam keadaan tercela kalau ada pelawat dari luar. Semoga kita seperti Nehemia sedar tembok Yerusalem selepas 93 tahun masih dalam keadaan tercela sebab tidak dibaiki. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya ada pembaikan tembok Yerusalem kami supaya tidak tercela lagi. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 4.7.2026 Piala dunia FIFA 2026: Argentina (3) vs Cabo Verde (2).

Comments

Popular Posts