Hari-hari itu akan diperingati dan dirayakan oleh setiap keturunan, setiap kaum, setiap wilayah, juga setiap kota. Hari-hari Purim itu tidak akan lenyap daripada kehidupan orang Yahudi dan peringatannya tidak akan luput daripada seluruh keturunan mereka.
Kemudian, dengan segala kekuasaannya, Ratu Ester anak Abihail menulis surat bersama-sama Mordekhai, orang Yahudi itu, untuk mengesahkan surat kedua mengenai Purim.
Ester 9:28-29
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hari-hari Purim"
Bab 9 kitab Ester kisah di mana tiba hari pemunahan orang Yahudi iaitu pada 13 hb Adar tarikh yang di undi (Pur) oleh Haman si jahat itu (Est.3:7).
Melalui kebijaksanaan ratu Ester mereka dapat melawan perintah itu dengan surat raja yang membenarkan orang Yahudi seluruh empayar Parsi mempertahankan diri (Est.8:11-12).
Apabila tarikh itu tiba sebaliknya yang berlaku mereka yang mahu memunahkan Orang Yahudi pula yang dipunahkan (ay.1-2).
Kejayaan mereka kekal hidup telah dirayakan pada hari 14 dan 15 pada bulan Adar (ay.21) mereka mengambil nama Pur yang bermaksud undi untuk dipunahkan menjadi Purim kerana kekal hidup, (ay.24-26).
Begitulah asa usul perayaan Purim yang ditetapkan oleh ratu Ester dan Mordekhai sepupunya pengawai yang dihormati itu, dirayakan setiap tahun di seluruh 127 wilayah empayar Parsi.
Semoga kita seperti orang Yahudi Pur menjadi hari-hari Purim, mereka ditentukan untuk dibinasakan (Pur) tetapi kekal hidup (Purim).
Doa: Tuhan Yesus terima kasih sebab kami memang Pur tetapi sekarang kami Purim sebab darah-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 25.7.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment