Isterinya berkata kepadanya, “Masihkah kau berpegang teguh pada keikhlasanmu? Kutuk Allah dan matilah!”
Tetapi jawab Ayub kepadanya, “Engkau bercakap seperti seorang perempuan jahil lagi bodoh. Takkan kita hanya mahu menerima yang baik daripada Allah, dan tidak mahu menerima yang buruk?”
Dalam semua hal itu, Ayub tidak berdosa dengan bibirnya.
Ayub 2:9-10
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak berdosa dengan bibirnya"
Bab 2 kitab Ayub bersambung kisah kesalihan Ayub menjadi pertaruhan di syurga, TUHAN tetapi memuji Ayub kerana tetap tulus terhadap walaupun semua yang dia miliki lenyap sekelip mata kerana iblis (ay.3).
Tetapi iblis tidak puas hati kali ini dia mahu menyerang kulit Ayub pula, sekali lagi diizinkan oleh TUHAN (ay.4).
Iblis pun membuat kulit Ayub terkena bara bisul yang para dari telapak kaki sehingga umbun-umbun (ay.7).
Kesian Ayub dia tidak tahu apa yang berlaku tetapi dia menjadi objek pertaruhan, agaknya hidup kita pun begitu juga ada pertaruhan di syurga untuk menguji kesalihan kita.
Isteri Ayub juga mengutuk Ayub dan menyuruh dia mengutuk TUHAN kemudian mati (ay.9)
Tetapi Ayub tidak mengutuk TUHAN, Ayub tetap tidak berdosa dengan bibirnya (ay.10).
Isteri sepatutnya memberi harapan tetapi sebalik malah mahu melihat kemusnahan suami, semoga tiada isteri seperti isteri Ayub di zaman sekarang.
Akhirnya kawan-kawan Ayub datang, mereka sangat sedih selama tujuh hari tujuh malam bersama Ayub tanpa bersuara kerana teramat sedih.
Semoga kita seperti Ayub walaupun dalam kesusahan yang bukan disebabkan oleh perbuatannya tetapi kerana pertaruhan di syurga dia tetap tidak berdosa dengan bibirnya mengutuk TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak jadi objek pertaruhan di syurga. Berikan kami damai sejahtera.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
28.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment