Genap dalam lima puluh dua hari, selesailah pembinaan semula tembok itu iaitu pada hari kedua puluh lima bulan Elul. Apabila hal itu terdengar oleh semua musuh kami dan semua bangsa di sekeliling kami melihatnya, maka takutlah mereka. Begitu tebal muka mereka setelah menyedari bahawa dengan bantuan Allah kami, pekerjaan itu telah dilaksanakan.
Nehemia 6:15-16
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "52 hari"
Bab 6 kitab Nehemia bersambung kisah baik pulih tembok Yerusalem yang terbiar lebih kurang 141 (586-445 SM).
Luar biasa projek ini dapat disiapkan hanya 52 hari (ay.15) dengan ketinggian lebih kurang 26 kaki dan panjang 4-5 km. Kita dapat agak umat yang terlibat mungkin beribu orang secara sukarela.
Dalam masa yang sama ada pula penjahat Sanbalat, Tobia dan Gesyem yang mengacau malah mahu mencederakan Nehemia dengan cara licik (ay.2).
Malah imam di Bait TUHAN pun disogok oleh mereka (ay.12).
Para bangsawan Yahudi juga turut memberi tekanan kepada Nehemia dengan memuji-muji Tobia di depan Nehemia (ay.19).
Begitulah tekan yang diterima oleh Nehemia dan umat yang bekerja secara sukarela, mungkin sebab itulah tembok itu dibiarkan sehingga 141 tahun.
Semoga kita seperti Nehemia berjaya membina semula tembok Yerusalem dalam tempoh 52 hari sahaja walaupun mendapat banyak tekanan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dalam tempoh yang singkat.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 9.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment