“Pada hari ini juga, kembalikanlah kepada mereka ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka, juga peratusan wang, gandum, air anggur, dan minyak yang kamu tagih daripada mereka.”
Kata mereka, “Kami akan mengembalikannya dan tidak akan menuntut sesuatu pun daripada mereka. Kami akan berbuat tepat sebagaimana yang tuan katakan.”
Kemudian aku memanggil para imam dan menyuruh kesemua warga itu bersumpah bahawa mereka akan bertindak menurut perjanjian itu.
Nehemia 5:11-12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengembalikannya dan tidak akan menuntut"
Bab 5 kitab Nehemia kisah bagaimana Nehemia menyelesaikan isu para anak buangan yang pulang ada yang dijadikan hamba oleh orang Israel sendiri sebab tidak dapat membayar hutang (ay.5).
Hutang memang boleh membuat seseorang jatuh miskin, muflis dan mungkin dibunuh.
Syukur pada zaman Nehemia sebab Nehemia berpihak kepada rakyat bukan kepada golongan bangsawan yang kaya raya.
Nehemia berjaya membebaskan anak-anak yang telah dijadikan hamba dan mengembalikan ladang yang telah digadai (ay.11-12).
Pemimpin yang berpihak kepada rakyat agak jarang.
Hari ini adakah anda seorang pemimpin yang berpihak kepada rakyat seperti Nehemia?
Semoga kita seperti Nehemia berjaya memujuk para bangsawan mengembalikan dan tidak akan menuntut sesuatu pun dari rakyat yang berhutang kepada mereka.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya adil dalam hal hutang piutang.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 8.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment