Antara keturunan imam didapati beberapa orang yang memperisteri perempuan asing, iaitu: Daripada bani Yesua anak Yozadak dan saudara-saudaranya: Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalya. Mereka membuat persetujuan untuk mengusir isteri mereka. Kerana kesalahan mereka itu, mereka mempersembahkan seekor domba jantan daripada kawanan domba sebagai korban penebus kesalahan. Ezra 10:18-19 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Memperisteri perempuan asing" Bab 10 kitab Ezra sambung kisah para pemimpin yang pulang dari pembuangan yang memperisteri perempuan asing, mungkin mereka tertarik dengan kecantikan gadis-gadis Kanaan, seperti mana para leluhur mereka kahwin campur dengan gadis-gadis tersebut. Setelah disiasat dengan terperinci didapati para imam agak ramai juga yang kahwin campur keluarga Yesua imam besar itu pun terlibat sama 17 orang (ay.18-22), kemudian bani Lewi 10 orang (ay.23), para penyanyi dan penjaga pintu gerbang 4 orang (ay.24) dan orang awam paling ramai 84 (ay.25-43). Paling tidak boleh boleh diterima para imam pun terlibat pada hal merekalah guru yang mengajar Kitab Taurat. Ibarat para pendeta dan gembala kita pada zaman sekarang, tetapi mereka pun melanggar peraturan Taurat. Semoga kita tidak separti para imam dan bani Lewi memperisteri perempuan asing yang berlainan iman. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak terjebak dengan kahwin campur yang membawa kepada iman yang lain. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 3.7.2026.

Comments

Popular Posts