Raja mencintai Ester melebihi semua perempuan yang lain dan baginda raja berkenan serta menyayanginya melebihi semua anak dara yang lain, lantas baginda mengenakan mahkota diraja di atas kepalanya dan melantik dia sebagai ratu untuk menggantikan Wasti. Setelah itu, raja mengadakan jamuan besar bagi semua pembesar dan pegawainya, iaitu jamuan meraikan Ester. Baginda juga melepaskan wilayah-wilayah dalam kerajaannya daripada membayar cukai dan mengurniakan pelbagai pemberian selaras dengan kemurahan hati raja. Ester 2:17-18 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jamuan meraihkan Ester" Bab 2 kitab Ester kisah raja sudah dapat pengganti ratu Wasti yang dilucut gelar sebagi ratu seperti yang dicerita di bab 1 itu. Ratu baharu itu ialah Ester dari keturunan Kish suku Benyamin (ay.5-7). Raja Ahasyweros sangat mencintai Ester melebihi semua perempuan yang lain yang ada di istana. Kemudian raja mengadakan jamuan besar untuk menjamu Ester kali ini raja membuat lagi keputusan besar iaitu melepaskan wilayah -wilayah dalam kerajaannya daripada membayar cukai dan menguniakan pemberian (ay.18). Tidak disebut raja mabuk anggur mungkin sudah belajar daripada peristiwa yang lepas dia kehilangan ratu Wasti. Semoga kita seperti raja Ahasyweros jamuan meraihkan Ester tidak lagi mabuk dengan anggur. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya setiap kali ada jamuan besar tidak ada minuman yang memabukan yang terlalu banyak atau langsung tiada. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 18.7.2026.

Comments

Popular Posts