Setelah selesainya semua itu, aku didatangi para pemimpin lalu mereka berkata, “Para warga Israel, para imam, dan bani Lewi tidak memisahkan diri daripada penduduk negeri ini, iaitu bani Kanaan, bani Het, bani Feris, bani Yebus, bani Amon, bani Moab, orang Mesir, dan orang Amori, serta segala perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka. Warga orang Israel mengambil isteri daripada anak perempuan mereka itu bagi diri mereka dan bagi anak-anak mereka, sehingga benih yang suci sudah bercampur dengan bangsa-bangsa negeri ini. Bahkan para pemimpin dan para pegawailah yang lebih dahulu banyak melakukan kemungkaran ini.”
Ezra 9:1-2
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Para imam dan bani Lewi tidak memisahkan diri"
Bab 9 kitab Ezra kisah Ezra sudah berada di Yerusalem dan mendapat kunjungan daripada para pemimpin warga Israel, mereka mengadu bahawa para imam dan suku Lewi kahwin mengawini dengan bangsa Kanaan, Het, Feris, Yebus, Amon, Moab, orang Mesir dan Amori (ay.1).
Nampaknya dosa sebelum pembuangan mereka ulang lagi, tetapi tidak disebut tentang mereka telah menyembah dewa bangsa lain. Mungkin itu sajalah yang membezakan sebelum dan selepas pembuangan.
Tetapi menurut Taurat tidak boleh kahwin mengawini dengan bangsa yang disebut oleh TUHAN kepada Musa itu (Ula. 7:1-5), untuk menggelak mereka menyembah tuhan bangsa lain yang menjijikkan.
Hari ini masalah yang sama diulang oleh anggota gereja malah ikut menyembah tuhan bangsa lain melalui perkahwinan campur.
Semoga kita tidak seperti para imam dan bani Lewi tidak memisahkan diri dengan bangsa lain dengan kahwin campur dengan bangsa itu yang tidak menyembah TUHAN.
Doa: Tolong kami TUHAN supaya tidak kahwin campur untuk menjauhi penyembahan tuhan lain.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 2.7.2026.
Jalinan kasih sekolah Ochie.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment