Mordekhai, orang Yahudi itu, menjadi orang kedua di bawah Raja Ahasyweros. Dialah yang berpangkat tertinggi antara orang Yahudi dan dipandang tinggi serta dikagumi oleh ramai sekali warga sebangsa dengannya atas ikhtiarnya membawa kebaikan kepada bangsanya dan mengetengahkan fasal peri pentingnya kesejahteraan kesemua anak cucu keturunannya.
Ester 10:3
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mordekhai orang Yahudi itu"
Bab 10 kitab Ester merupakan penutup kitab, kisah pentup yang mengembirakan kepada para pembaca tetapi sayang tidak ada catatan dalam buku sejarah kerajaan Parsi, mungkin mereka tidak berminat atau tidak pernah wujud peristiwa ini.
Apa pun bagi kita orang Kristian kitab ini sebagai penguat iman kerana suatu peristiwa yang mematikan berubah menjadi kehidupan yang bahagia disebabkan oleh kebijaksanaan seorang wanita muda iaitu Ester atas gesaan Mordekhai sepupunya.
Ester menggunakan puasa dan doa, keberaniaan, kecantikannya dan jamuan untuk mengubah keadaan yang mematikan itu.
Akhirnya dia berjaya melepaskan bangsa Yahudi daripada dipunahkan oleh Haman sijahat itu.
Mordekhai pula diberi kedudukan kedua selepas raja Ahasyweros (ay.3).
Semoga kita seperti Mordekhai orang Yahudi itu menjadi orang kedua raja walaupun sebelum itu diancam bunuh.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya ancaman jahat terhadap kami ditukar menjadi kejayaan gilang gemilang.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 26.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment