Pada hari itu kitab Musa dibaca di hadapan umat yang mendengarkannya. Kemudian didapati tertulis di dalamnya bahawa tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk menyertai jemaah Allah untuk selama-lamanya, atas sebab dahulunya mereka tidak menyambut orang Israel dengan roti dan air minum, tetapi mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel. Namun begitu, Allah kami mengubah kutukan itu untuk menjadi berkat.
Nehemia 13:1-2
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bani Amon dan bani Moab"
Bab 13 kitab Nehemia kisah terakhir tentang Nehemia, sama seperti Ezra mahu mengasingkan orang Israel daripada bangsa lain, sehingga disebut bangsa Amon dan Moab sama sekali tidak boleh masuk menyertai jemaah TUHAN untuk selama-lamanya (ay.1).
Tetapi Rut seorang Moab malah termasuk dalam salasilah Tuhan Yesus (Kitab Rut)
Nehemia sangat marah kepada orang Israel yang kahwin campur sehingga ada yang dipukul dan dicabut rambut mereka (ay.25).
Mungkin kita pun seperti itu kalau anak lelaki atau perempuan kita berkahwin dengan tidak seiman, tetapi kalau mereka mahu menjadi umat TUHAN kenapa tidak.
Nehemia memang bertujuan mahu memulihkan identiti bangsa Israel pasca pembuangan.
Semoga kita seperti Nehemia bersungguh-sungguh menolak bani Amon dan bani Moab yang berkahwin campur dengan bangsa Israel.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami kekuatan supaya dapat menolak perkahwinan campur dengan bangsa yang tidak seiman.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia
16.7.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment