Yeremia 9:25-26 (AVB) “Lihatlah, waktunya akan datang,” demikianlah firman Tuhan, “bahawa Aku menghukum semua orang yang dikhatankan kulitnya sahaja, iaitu orang Mesir, orang Yehuda, orang Edom, bani Amon, orang Moab, dan semua penghuni di gurun yang memotong tepi rambut. Semua bangsa itu sebenarnya tidak bersunat, bahkan hati seluruh keturunan kaum Israel pun tidak bersunat.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bersunat hati" TUHAN memberi amaran akan menghukum bangsa yang hanya bersunat kulit khatan tetapi hati mereka tidak disunat. Seperti yang kita tahu orang Israel wajip disunat pada usia lapan hari kelahirannya sebagai tanda mereka keturunan Abraham (Kejadian 17:12), bagi TUHAN itu tidak bermakna kalau hati mereka tidak disunat iaitu bertaubat daripada melakukan kejahatan, pada zaman Tuhan Yesus mereka yang tidak menerima ajaran-Nya ibarat hati mereka tidak disunat. Mari kita belajar supaya bersunat di hati melakukan kebaikan bukan kejahatan. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 6.3.2024.

Comments

Popular Posts