Yeremia 31:34 (AVB) Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah TUHAN,’ kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,” demikianlah firman TUHAN. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi.” Kopivosihan dan selamat memperingati kematian Tuhan Yesus, hari ini kita belajar tentang "Mengenal TUHAN" TUHAN sendiri mengatakan bahawa Dia akan membuat perjanjian baharu sebab perjanjian sebelum ini diingkari oleh orang Israel, mereka meninggalkan TUHAN dan menyembah tuhan-tuhan yang lain. Dalam perjanjian baharu semua orang akan mengenal TUHAN dan dosa mereka diampuni. Kematian Tuhan Yesus di kayu salib cara TUHAN mengampuni semua orang, melalui Roh Kudus semua orang akan mengenal TUHAN. Mari kita belajar semua orang mengenal TUHAN tiada yang terkecuali. Selamat memperingati kematian Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 29.3.2024.

Comments

Popular Posts