Yeremia 22:13 (AVB) “Malangnya orang yang membangunkan istananya dengan cara yang tidak benar, dan bilik-bilik atas dengan cara yang tidak adil; yang mengerah jirannya bekerja secara percuma tanpa memberikan upah kepada mereka! Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak memberikan upah" Salah satu sikap penduduk Yerusalem yang ditegur oleh TUHAN melalui nabi Yeremia ketidakadilan mereka, contoh dalam teks ini seseorang membina istana dan bilik-bilik atas mengerah jirannya tetapi tidak memberi upah. Tuhan Yesus juga menegur sikap tidak adil pemimpin agama menggunakan pelbagai aturan untuk mengawal rakyat sedangkan mereka sendiri tidak lakukan (Matius 23:23). Mari kita belajar jangan membina rumah atau mengusaha kebun tidak memberikan upah kepada pekerja, TUHAN melihat itu ketidakadilan dan boleh dihukum berat. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.3.2024.

Comments

Popular Posts