Yeremia 20:9 (AVB) Kalau aku berfikir, “Aku tidak mahu menyebut-nyebut Dia dan tidak mahu berbicara lagi atas nama-Nya,” maka dalam hatiku ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulangku. Aku berlelah-lelah menahannya, tetapi aku tidak sanggup. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sesuatu seperti api" Nabi Yeremia ada masa dia sangat tertekan mungkin sebab itu pernah berhenti bernubuat, tetapi dia tidak dapat menahan kerana sesuatu seperti api yang menyala-nyala terkurung dalam tulang-tulangnya. Tuhan Yesus tidak dapat berhenti memberitakan Injil sebab itulah Dia datang ke dunia (Yohanes 12:46). Mari kita belajar tidak menahan diri daripada memberitakan Injil, sesuatu seperti api dalam hati kalau menahan Injil. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 18.3.2024.

Comments

Popular Posts