Yeremia 13:7-9 (AVB) Maka aku pun pergi ke Sungai Efrat. Kulakukan penggalian dan kuambil ikat pinggang itu dari tempat aku menyembunyikannya. Ternyata ikat pinggang itu sudah lapuk, tidak berguna untuk apa-apa pun.
Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku,
“Beginilah firman TUHAN, ‘Demikianlah kelak Kutiadakan kesombongan Yehuda dan kesombongan besar Yerusalem.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ikat pinggang sudah lapuk" TUHAN mengibaratkan Yerusalem akan menjadi ikat pinggang yang sudah lapuk selepas ditanam tepi sungai, tidak berguna lagi. Begitulah nanti Yerusalem menjadi tidak berguna kalau datang hukuman TUHAN kepada mereka. Tuhan Yesus pernah menangisi kota Yerusalem sebab tidak menerima kehadirian-Nya dan sekali lagi akan dimusnahkan (Lukas 19:42-44). Mari kita belajar supaya tidak menjadi ikat pinggang sudah lapuk kerana tidak berhenti berbuat jahat. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 11.3.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment